Koordinat: 1°23′18″N 103°54′18″E / 1.388316°N 103.905029°E
Kawasan Undi Perseorangan bagi Parlimen Singapura | |
![]() | |
Wilayah | Timur laut Singapura |
Pengundi | 35,477 (sebelum dimansuh pada 13 Mac 2020)[1] |
Kawasan undi tidak beroperasi | |
Dibentuk | 2011 |
Dimansuh | 2020 |
Parti | Parti Tindakan Rakyat |
Wakil | Charles Chong You Fook (untuk Parlimen 2015-20) |
Majlis Bandaran |
|
Digantikan dengan | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sengkang |
Ditubuhkan dari | Pasir Ris-Punggol |
Kawasan Undi Perseorangan Punggol Timur ialah sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di bahagian timur laut Singapura. Sebelum dijadikan sebuah SMC yang tersendiri semasa pilihan raya umum 2011, kawasan Punggol Timur merupakan sebahagian daripada Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pasir Ris-Punggol.
Pada 12 Disember 2012, Anggota Parlimen (AP) bagi SMC Punggol Timur pada ketika itu, Michael Palmer meletakkan jawatan sebagai Speaker Parlimen, AP dan ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) setelah mengaku adakan hubungan sulit dengan seorang kakitangan Persatuan Rakyat (PA).[2] Sebuah pilihan raya kecil diadakan pada 26 Januari 2013 akibat pengosongan kerusi parlimen di Punggol Timur. Pada Hari Pengundian, calon Parti Pekerja Lee Li Lian berjaya menewaskan PAP dan dilantik menjadi AP bagi SMC Punggol Timur.[3]
Semasa pilihan raya umum 2015, Charles Chong dari PAP berjaya menawan semula SMC Punggol Tomur, menggantikan Lee Li Lian sebagai AP bagi kawasan undi tersebut.[4]
Punggol Timur akhirnya dimansuh dan diserap ke dalam Kawasan Sengkang. Kemudian sebahagian tempat di Punggol Timur dimasukkan ke dalam wad Rivervale.